Thursday, February 12, 2009

Lambaian Desa


Pada 7 hingga 9 Februari 2009 baru saya telah mengikuti program yang telah dianjurkan oleh pihak kolej. Program ini dinamakan sebagai Lambaian Desa. Program ini adalah kesinambungan daripada program Mapin 4 yang dilaksanakan di tempat yang sama pada tahun 2007. Ini kiranya program balik semula ke kampung angkat. Ianya dilaksanakan di Ulu Tembeling Jerantut Pahang Darul Makmur.Saya sebagai seorang kawan dan juga peserta program ingin mengucapkan bebanyak terima kasih terutamanya buat Rini kerana banyak membantu...Jasamu akanKu kenang..Thanks a lot frenzz. kepada peserta-peserta yang lain, saya gembira mengenali kalian semua yang sporting, happy dan ceria sokmo...kepada budak2 coaching korang memang best ar..diharapkan jalinan ukhwah yang terbina tak akan terhenti di sini sahaja. Mendekati masyarakat yang berada jauh nun di sana merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna. Semoga pengalaman dan pengetahuan yang diperolahi menjadi landasan untuk kita terus mendekati mereka yang lebih memerlukan khidmat dan jasa kita semua.

No comments:

Post a Comment